Student Leadership Camp (SLC) INASIS SME Bank

16  FEBRUARI  2017, KHAMIS | 19 JAMADILAWAL 1438H

Oleh : Muhammad Ameer Syafiq Bin Mohammad Halim

kpo 2017

 

INASIS SME BANK ONLINE: Inapan Siswa SME Bank, pada 4 hingga 6 Februari 2017 yang lalu, bersamaan dengan hari Sabtu hingga Ahad telah mengadakan program Student Leadership Camp (SLC)  yang bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Seramai 22  orang Ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa, 8 orang Residential Assistant (RA), 4 orang penolong pengetua, 2 orang staf pejabat dan Pengetua Inasis turut terlibat dalam program yang dijalankan. Program ini dijalankan selama tiga hari di Hotel Landcons, Pantai Cenang.

Program ini bertujuan dengan memberi pendedahan awal kepada semua Jawatankuasa Pembangunan Siswa tentang input-input yang akan mereka gunakan sepanjang tempoh mereka berkhidmat. Ia lebih memberikan penjelasan kepada mereka supaya mereka jelas dengan skop tugas dan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan sebagai Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) danResidential Assistant (RA). Sehubungan dengan itu, “Student Leadership Camp” ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat. Ia juga memberi mereka ruang untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang baharu.

Program ini turut mendedahkan cara bagaimana untuk mengendali sistem yang akan mereka gunakan untuk menjalankan sesuatu projek. Ia juga tidak terlepas dalam pendedahan kepada mereka tentang pengurusan kewangan semasa mengendalikan program dan juga mereka dapat membentangkan pembentangan projek mereka kepada Pengetua dan Penolong Pengetua tentang projek yang bakal mereka jalankan. Menurut Nur Muhammad Syafiq Bin Azhari, Presiden Inasis SME Bank berkata program sebegini dapat melahirkan pemimpin yang positif dan bersedia dengan tugas yang bakal mereka galas dengan penuh tanggungjawab pada masa akan datang.

Selain itu, program ini juga disediakan dengan slot-slot yang memberi ujian fizikal dan mental yang disediakan oleh Penolong Pengetua dan Barisan Majlis Tertinggi. Ia sebagai satu permulaan kepada mereka sama ada mereka dapat mengatasi masalah-masalah yang bakal mereka hadapi setelah mereka menjalankan tugas mereka. Menurut Encik Zahril Anwar Malek Abdol Hamid, Pengetua Inasis SME Bank berkata mereka harus ditekankan setiap masa tentang “three main key point” iaitu “integrity”,”sense of urgency” dan “ speedy delivery” dalam setiap tugas yang mereka lakukan. Dengan penegasan yang dinyatakan oleh Pengetua Inasis SME Bank, seramai 22 orang ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa dan 8 orang ahli  Residential Assistant (RA) tampak lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

Oleh itu, program sebegini harap dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dengan slot-slot yang lebih menarik sebagai memberi kepada mereka sebagai satu persediaan sebelum mereka bakal menjalankan sesuatu projek.

 

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326