Previous Next

ROADSHOW DPP SME BANK

Oleh: ADLAN BIN ABDULLAH

Gambar Oleh: MOHAMAD ZAKI NI'MAN BIN MOHD ARIFIN

ROADSHOW DPP SME BANK

 

Seramai 700 pelajar Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai program Roadshow DPP SME Bank yang berlangsung pada 8 hingga 9 Mac 2016  yang lepas dan bertempat di Dewan Bukit Kachi.

  

Melalui program ini pelajar DPP SME Bank berpeluang untuk berinteraksi dengan Pengetua dan barisan Penolong Pengetua DPP SME Bank. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat dan pandangan untuk memperbaiki persekitaran di DPP SME Bank untuk menjadi lebih baik. 

 

Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada semua barisan JKPS, RA dan Kb untuk memperkenalkan diri mereka dan mempromosikan program yang bakal mereka laksanakan sepanjang semester ini.

  

Sementara itu, pengarah projek Adlan Bin Abdullah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program itu.

  

“Program sebegini diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang supaya dapat memberikan lebih banyak informasi berkaitan program yang dianjurkan oleh pihak DPP dan dapat merapatkan hubungan antara barisan pemimpin dan para pelajar sekalian.” katanya.

 

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326