BAKTI SISWA PERDANA

20 APRIL 2017, KHAMIS | 23 REJAB 1438H

Oleh: Nurul Yasirah Nasir

image008 1

 

INASIS SME BANK ONLINE: Bakti Siswa bukan sahaja sekadar program yang mampu mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat tetapi lebih bermakna peserta berpeluang menimba pelbagai pengalaman berharga.

Apatah lagi apabila pengisian program berkenaan berteraskan kepada usaha memupuk kebersamaan antara mahasiswa dengan masyarakat luar melalui aktiviti kemasyarakatan yang dirancang sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmoni, berfikiran luas dan terbuka.

Menyedari hakikat itu, seramai 40 mahasiswa Inapan Siswa SME Bank (INASIS SME Bank), Universiti Utara Malaysia (UUM)  menyertai program Bakti Siswa Perdana anjuran Biro Komuniti dan Integrasi (KIA) Inapan Siswa SME Bank di Kampung Pengkalan Batu Lintang, Sg. Petani yang diketuai oleh Muhammad Izzat Siraj selaku Pengarah Program Bakti Siswa baru-baru ini.

Kampung ini dipilih kerana UUM merupakan universiti pertama melaksanakan projek bakti siswa dan motivasi bersama pelajar di SK Simpor. Kampung ini mempunyai pemandangan indah, kandang kuda, taman kelulut dan terbentang sawah padi.

Penduduk kampung ini juga berbangga dengan hasil laut dan sungai yang menjadi punca pendapatan selain mempunyai kolam udang.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah memupuk semangat belajar  matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dalam kalangan pelajar SK Simpor, sukan rakyat, malam kebudayaan dan jelajah kampung.

Timbalan Pengarah Program, Sabidatul Afezzah Binti Abidin berharap program berkenaan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dengan melakukan aktiviti bersama keluarga angkat.

“Banyak yang kami selaku mahasiswa pelajari hasil program ini. Diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang kerana selain dapat melihat pemandangan yang membuat pengunjung jatuh cinta dengan kawasan kampung  sekaligus memperkenalkan UUM dalam kalangan masyarakat di luar bandar,” katanya.


Selain itu, aktiviti kerohanian juga diadakan dengan melawati orang kampung yang kurang sihat dan bacaan Yasin.

Habibah Abdul Ghani berkata dia dapat merasai pengalaman pertama kali makan siput sedut yang disediakan oleh orang kampung.

Majlis penutup program Jasa Dari Titans dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Shahanim Binti Mohammad Yusoff dengan kehadiran penduduk setempat dan mahasiswa UUM.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today14
Yesterday28
This week43
This month604
Total2453