Halal Slaughtering And Rewang

6 APRIL 2017, KHAMIS | 9 REJAB 1438H

REWANG HEPONLINE

 

INASIS SME BANK ONLINE: Seramai 53 orang peserta menyertai program Halal  Slaughtering And Rewang yang  diadakan di blok A Inapan Siswa SME Bank anjuran Biro Kerohanian dan Sahsiah, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), INASIS SME Bank pada 21 Mac yang lalu.

Penerangan mengenai penyembelihan ayam mengikut syariat Islam serta pendedahan cara penyembelihan ayam yang betul telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhd Kamal Ariffin Bin Abd.Hamid daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JAIK ) dan Dr. Siti Nurkhadijah Md Yunos  daripada Jabatan Veterinar Kedah.

Peserta turut didedahkan dengan melakukan penyembelihan yang dipantau oleh wakil daripada JAIK di samping peserta lain bekerjasama dalam penyediaan persiapan untuk rewang.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai kaedah penyembelihan ayam mengikut syariat Islam.

Menurut pengarah program, Shah Fathin Syahirah bt Kamil, program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar melalui kerjasama dan gotong-royong selain memupuk semangat saling tolong-menolong dalam diri pelajar dalam melakukan sesuatu kerja.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today14
Yesterday28
This week43
This month604
Total2453