Eksplorasi Gua Tempurung 2.0 + Extreme Water Sport

4 APRIL 2017, SELASA | 7 REJAB 1438H

Oleh: Mohd Khairil Abdul Karim
GUA TEMPURUNG HEPONLINE
 

INASIS SME BANK ONLINE: Pada 16 dan 17 Mac 2017 telah berlangsung program Eksplorasi Gua Tempurung 2.0 + Extreme Water Sport di Gopeng, Perak yang dianjurkan oleh JKPS INASIS SME Bank dan dikelolakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi dengan usaha sama Biro Keselamatan dan Kesihatan. Penyertaan sangat menggalakkan daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Antara INASIS yang turut serta ialah Bank Rakyat, Eon, Petronas, TM, Muamalat, Sime Darby dan lain-lain. Bilangan peserta 40 orang termasuk seorang guru pengiring dan 10 orang Jawatankuasa program turut menyumbang tenaga dan usaha bagi menjayakan program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta betapa indahnya alam semula jadi di sekeliling kita sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara JKPS mahupun peserta yang terlibat. Aktiviti sebegini membolehkan para peserta meningkatkan semangat berpasukan yang lebih utuh seterusnya mampu mencabar kebolehan dan kekuatan di dalam diri setiap individu.

Program ini berjaya direalisasikan dan dijayakan hasil sumbangan ikhlas daripada Azmi Norah & Associates. Pihak penganjur, INASIS SME Bank juga berbesar hati untuk memberikan lampu suluh untuk setiap peserta sebagai cenderahati. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak Gua Tempurung Outdoor Camp, Encik Kamarul dan diikuti ucapan daripada guru pengiring merangkap penolong pengetua Blok A iaitu Encik Ilyas Soffian. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Tidak ketinggalan juga ucapan daripada pengarah program, Farah Suhaila binti Saidin yang merupakan Exco Keselamatan dan Kesihatan INASIS SME Bank, telah mencuri hati pelbagai pihak dengan kepetahan beliau bercakap dalam loghat utara. Nur Fatasya binti Hussin selaku pengarah di bawah Biro Sukan dan Rekreasi juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan kerjasama semasa sesi pendafaran, penerangan program dan pelaksanaan aktiviti.

Eksplorasi ini berlangsung selama dua hari bermula pada Khamis petang dan berakhir pada Jumaat petang. Dengan menggunakan perkhidmatan bas UUM, para peserta selamat sampai di Laman Maisya Camp, Gopeng, Perak yang mengambil masa 5 jam perjalanan.

Pada hari kedua dimulakan dengan senam seni iaitu aktiviti meregangkan otot. Aktiviti pagi diteruskan dengan pendakian Bukit Kayu Putih yang memakan masa 2 jam untuk tiba ke puncak. Kemudian penerokaan Gua Anak Tempurung yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Antara yang mencuri tumpuan di Gua Anak Tempurung adalah penemuan batu marmar pelbagai warna juga saiz dan spesies labah-labah gua yang mempunyai struktur unik. Selanjutnya, aktiviti terakhir yang disajikan adalah aktiviti sukan air yang dipanggil river tubing yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal para peserta.

Program berbentuk ekplorasi alam semula jadi ini hendaklah diadakan dengan harapan ia memberi impak positif dan kesedaran insaniah kepada mahasiswa. Kelestarian alam perlu dipelihara dan dipulihara agar aset yang berharga ini dapat dirasai dan diterokai oleh generasi akan datang.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326