Women’s Day Special: Bike Ride

26 MAC 2017, AHAD | 27 JAMADILAKHIR 1438H

Oleh: Monisya Sri A/P Naraju

womensday heponline

 

INASIS SME BANK ONLINE: Biro Hal Ehwal Siswi, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), Inapan Siswa SME Bank, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkanWomen’s Day Special: Bike Ride di persekitaran UUM Bukit Kachi dan persekitaran kampus utama UUM. Program ini dijalankan sempena Hari Wanita Sedunia.

Program ini bertujuan memupuk minat mahasiswi untuk berbasikal di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Program bermula dari Inasis SME Bank dan antara tempat yang dilawati adalah Anjung Tamu, tapak burung unta, Pusat Ekuin, Varsity Mall, ladang rusa dan berakhir di Pusat Sukan UUM.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan, Puan Shahrul Niza binti Said, Guru Bahasa Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM serta Puan Norhidayah binti Romli, Penolong Pengetua Inasis SME Bank yang turut sama berbasikal dalam program ini.

Pengarah program, Noraini binti Syufrial Herman berkata program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, malahan dapat  memupuk minat bersukan para mahasiswi. Program sebegini diharap dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah dan dapat menarik minat mahasiswi berbasikal.  

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326