AKUSTIKA SENTAP

13 NOVEMBER 2016, AHAD | 13 SAFAR 1438H

AKUSTIKA SENTAP           

Oleh: Muhammad Ikmal Bin Masturi

 AKUSTIKA

INAPAN SISWA (INASIS) SME BANK: Program Akustika Sentap INASIS SME Bank anjuran Biro Kerohanian dan Sahsiah SME Bank telah berlangsung pada 21 Oktober 2016 di Dewan Bukit Kachi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan penyertaan seramai 323 orang pelajar.

Program ini bermula pada jam 9.00 malam. Ketibaan tetamu kehormat disambut oleh barisan Majlis Tertinggi program. Seterusnya program dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan nasyid Rabithah. Selepas itu, penyampaian ceramah oleh Akhi Shukery.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan mesej kebaikan supaya mahasiswa tidak hanyut dalam arus moden yang mencabar. Hal ini bertepatan tajuk ceramah “Universiti: Penjara Dosa atau Lubuk Pahala?”

Pengarah program, Nurul Eizza Binti Muhammad Zinzaki berkata tujuan program ini dijalankan untuk memberi nasihat  mahasiswa supaya tidak hanyut melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.

Program sebegini diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang supaya dapat memberikan lebih banyak manfaat dan pengalaman yang berguna khususnya pelajar UUM.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326