LAWATAN KE ASWARA

aswara

INASIS SME BANK: Pada 18 Oktober 2016, Biro Kebudayaan dan Kesenian, JKPS INASIS SME Bank telah menganjurkan program lawatan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Seramai 23 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring INASIS SME Bank telah menyertai lawatan ini.

Program ini berjaya dilaksanakan atas sokongan Pengetua INASIS SME Bank, Encik Zahril Anwar Malek Abdol Hamid. Program ini banyak memberi input berguna kepada mahasiswa untuk lebih mengenali ASWARA.

Program ini dimeriahkan dengan sambutan daripada pihak ASWARA sebaik sahaja peserta tiba di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Kunjungan kami disambut mesra oleh Cik Imee Nadia dan Tan Mei Lie. Peserta dimaklumkan bahawa ASWARA adalah sebuah institusi yang berbeza dengan institusi yang lain dari segi fokus pengajian. ASWARA mempunyai 8 fakulti, iaitu Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan & Kreatif, Fakulti Filem & Televisyen, Fakulti Seni Pengurusan dan Budaya, Fakulti Animasi & Multimedia dan Fakulti Rekaan Komunikasi Visual. Kami juga diberi taklimat ringkas oleh Cik Imee Nadia dan  Tan Mei Lie serta persembahan wayang kulit, gamelan dan tarian Cina.

Persembahan itu diberikan oleh pensyarah dan pelajar ASWARA. Pengarah program, Nurul Afiza Binti Mohamad Nor’aini berkata program sebegini bukan sahaja dapat menambahkan ilmu mahasiswa, malah dapat membuka mata mereka bahawa ada institusi yang masih mengekalkan tradisi masyarakat Melayu, misalnya wayang kulit. Persembahan ini akan diingati sampai bila-bila terutamanya bagi peserta yang pertama kali melihat persembahan wayang kulit.

Program sebegini diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberi banyak manfaat dan maklumat yang berguna khususnya kepada mahasiswa UUM.

 

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326