Bengkel Asas Kecantikan

picture.asas

BENGKEL ASAS KECANTIKAN DPP SME BANK

DPP SME BANK: Bengkel Asas Kecantikan anjuran Biro Hal Ehwal Siswi, Jawatankuasa Kepimpinan & Pembangunan Siswa (JKPS), Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, Universiti Utara Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 2016 di Bilik Bengkel JKPS, DPP SME Bank.

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai cara mengekalkan kecantikan secara semula jadi melalui solekan asas dan mudah. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan solekan dalam kehidupan seharian terutamanya ketika menghadiri sesuatu majlis. Solekan yang betul dapat membina personaliti yang cantik dan menambahkan lagi keyakinan seseorang wanita ketika berhadapan dengan orang ramai.

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan mengenai teori asas solekan oleh Puan Azrina Ibrahim, selaku penceramah dan pemilik Wahyuni Beauty and Muslimah Spa diikuti praktikal solekan. Selain itu, peserta berpeluang menggunakan alat-alat solek yang lengkap dibimbing oleh Azrina Ibrahim dan pembantunya. 

Program ini berakhir dengan 5 cabutan bertuah dan pemberian cenderamata kenangan daripada pihak DPP SME Bank kepada Azrina Ibrahim yang disampaikan oleh Puan Norhidayah Romli, Penolong Pengetua DPP SME Bank.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today0
Yesterday30
This week133
This month626
Total3325