ONE STEP TO UUM

INAPAN SISWA (INASIS) SME BANK:  Pada 30 September hingga 2 Oktober 2016, Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan & Pembangunan Siswa, INASIS SME BANK telah mengadakan One Step to UUM yang melibatkan 80 orang pelajar dan 9 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Selangor.

Program ini menekankan aspek akademik, kepimpinan dan memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial kepada para pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Program ini juga diadakan sempena  Discover UUM 2016.

Peserta telah dibimbing oleh fasilitator untuk menghayati keindahan UUM atau sinonim dengan  gelaran Universiti Di Rimba Hijau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melawat kandang burung unta, kandang kuda, kandang rusa, perpustakaan, dan Pokok Tiga Beradik. Pada malam pula, diadakan slot bersama Hal Ehwal Akademik. Pelajar didedahkan dengan prosedur dan kelayakan yang diperlukan untuk menempatkan diri di UUM selepas menamatkan pembelajaran di peringat STPM. Selain itu, aktiviti latihan dalam kumpulan juga dilaksanakan dengan mendedahkan sifat tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan dengan melaksanakan tugasan yang diberikan.

Nor Azira Binti Abdullah, selaku pengarah program berkata adalah penting untuk pelajar diberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial sejak di bangku sekolah lagi. Program ini bertindak sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran para peserta tentang pentingnya tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian. Selain itu, Nor Azira mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para peserta dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program selama 3 hari 2 malam ini.

Beliau berharap program One Step to UUM ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Program sebegini mampu membantu pembentukan pelajar sebagai bakal pemimpin negara.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today0
Yesterday30
This week133
This month626
Total3325