WALKATHON MERDEKA INASIS SME BANK

INASIS SME BANK: Program Walkathon Merdeka INASIS SME Bank anjuran Majlis Tertinggi JKPS SME Bank telah berlangsung pada 31 Ogos 2016 di Padang Bukit Kachi dan sekitar kawasan INASIS SME Bank Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan penyertaan seramai 494 orang pelajar baharu kemasukan September 2016/2017.

Program Walkathon Merdeka bermula pada 8.30 pagi dengan senamrobik merdeka gabungan INASIS SME Bank dan INASIS Bank Rakyat melibatkan 1005 orang pelajar.

Sebelum acara bermula sedikit regangan badan dilakukan. Walkathon ini dilakukan dengan satu pusingan INASIS SME Bank. Program berakhir jam 11.00 pagi.

Tujuan utama program ini dijalankan untuk memupuk semangat kesukanan dan cintakan tanah air dalam kalangan warga UUM. Dalam program ini, pelajar diberikan bendera untuk dikibarkan sambil mengelilingi kawasan sekitar INASIS SME Bank.

Pengarah program, Ahmad Zulhilmi bin Abdul Gafour berkata program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar baharu INASIS SME Bank dan fasilitator. Selain itu, program ini dapat melahirkan semangat 1Malaysia dalam kalangan pelajar di UUM.

“Program sebegini dapat memberikan lebih banyak manfaat dan pengalaman yang berguna khususnya kepada pelajar-pelajar  UUM,” tambahnya.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today0
Yesterday30
This week133
This month626
Total3325