Marhaban Ya Ramadhan

Slide1

27 JUN 2016, ISNIN | 22 RAMADAN 1437H

Oleh: Hanis Izzaty Bt Hanafi

Foto : Adlan Abdullah & Muhammad Fakhrur Razi Mohd Fauzi

Pada 6 Jun 2016, bermulanya hari pertama muslimin dan muslimat di DPP SME Bank, Universiti Utara Malaysia (UUM) menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Beberapa program telah dijalankan di DPP SME Bank, UUM sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada 10 Jun 2016, telah diadakan program Mari Bersahur di Gelanggang Badminton DPP SME Bank. Seramai 216 orang pelajar DPP SME Bank telah menyertai program ini.

DPP SME Bank juga telah menganjurkan Iftar Jamaie pada 10 Jun 2016 yang lepas. Majlis ini diadakan di perkarangan DPP SME Bank. Seramai 176 orang pelajar DPP SME Bank telah turut serta dalam program ini.

Selain itu, bermula 5 Jun hingga 25 Jun 2016 bermulanya program Sharing Is Caring. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan sumbangan ikhlas bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Hasil daripada sumbangan tersebut, dapatlah diagihkan kurma dan air kepada pelajar DPP SME Bank.

Di samping itu, solat terawih turut diadakan di Masjid Asy-Syafie, Bukit Kachi bermula pada 5 Jun hingga 30 Jun 2016. Pada 10 Jun hingga 26 Jun 2016 pula telah dijalankan program Tadarus al-Quran di Bilik Aktiviti JKPS DPP SME Bank.Sementara itu, Pengarah Program, Muhammad Farizuan Bin Mohammad Shukry merakamkan ucapan tahniah kepada peserta kerana menyertai program yang telah dianjurkan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Program sebegini diharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang supaya dapat memberikan lebih banyak informasi, manfaat dan pengalaman yang berguna khususnya kepada para peserta,” katanya.

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326