Bakti Dikerah Ilmu Dicurah

bakti

Berita oleh : Afiqah binti Ismail

BAKTI DIKERAH ILMU DICURAH

DPP SME BANK: 37 orang pelajar Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat dalam program Bakti Dikerah Ilmu Dicurah di Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu, Sg. Petani, Kedah. Program ini di anjurkan oleh Biro Komuniti Intergrasi dan Antarabangsa DPP SME Bank.

 

Matlamat program ini adalah untuk membantu meningkatkan peratusan mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris bagi pelajar tahun 6 di SK Darulaman, Sg. Petani yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Selain itu, program ini diadakan untuk menjalinkan ukhuwah antara penduduk Kampung Bukit Kechil dengan para pelajar dari DPP SME Bank, UUM.

 

Pengarah program Nazrul Faiz Mugiono amat gembira dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak SK Darulaman dan penduduk Kampung Bukit Kechil yang turut serta menyumbang bakti, tenaga dan masa dalam program ini.

 

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326