Media Entrepreneurship Talk UUM

media

Foto Oleh             : Nurmuhammad Syafiq bin Azhari

Media Entrepreneurship Talk UUM Inspirasi Kejayaan Anak Muda

SINTOK: Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan program Media Entrepreneurship Talk di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM. Program anjuran DPP SME Bank dengan kerjasama Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) telah mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada mahasiswa tempatan dan antarabangsa terutamanya dari Indonesia.

Program tersebut telah menampilkan penceramah terkemuka dari Indonesia Pak Dahlan Iskan yang merupakan pemilik syarikat Jawa Post Group Indonesia dan bekas Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia. Melalui topik perbualannya iaitu “The Story Behind Indonesia’s Most Successful Newspaper Company’’, beliau telah berkongsi pelbagai ilmu, maklumat, dan tip kejayaan dalam membina kerjaya kehidupan pada masa hadapan. Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan oleh Pak Dahlan sepanjang program berlangsung, antaranya komunikasi bersama para pelajar, sesi temu bual dan  sembang santai berkaitan dengan keusahawanan.  

Menurut Tay Tih Thern selaku Pengarah Program Media Entrepreneurship Talk  yang juga merangkap jawatan sebagai Timbalan Exco Biro Keusahawanan JKPS DPP SME Bank berkata, seminar berkenaan diadakan untuk meningkatkan kemahiran, keyakinan dan keberanian dalam kalangan para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau berharap program tersebut mampu menjalinkan hubungan serta kerjasama yang kukuh di antara Malaysia dan Indonesia.

Melalui tagline FORGING AHEAD, DPP SME Bank seringkali menganjurkan program yang berbentuk ilmiah kepada mahasiswa dan program ini merupakan program keusahawanan yang julung kali diadakan oleh Biro Keusahawanan DPP SME Bank yang melibatkan penceramah jemputan dari luar negara.

 

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today1
Yesterday30
This week134
This month627
Total3326